Clinic owners in Malaysia often ask me whether Google Ads actually works for their sector. My honest answer: it's the highest-intent advertising channel available for clinics — when someone types "klinik berhampiran saya" or "klinik walk-in Subang Jaya", they're not browsing. They want an appointment.
The data backs this up: 77% of patients use search engines before booking a healthcare appointment, and patients under 45 are 3.2× more likely to choose a provider based on online presence than personal referrals (Healthcare Marketing Statistics 2026). In Malaysia, that behaviour is exactly why Google Search Ads convert better than any other paid channel for clinics.
I've managed over 14 simultaneous Google Ads accounts for a healthcare clinic network in Malaysia. The compliance rules are strict, the keyword game is specific, and the difference between a well-built campaign and a wasteful one comes down to three things: the right keywords, policy-compliant ad copy, and a landing page that closes.
This guide combines my direct account data with current 2026 policy and industry benchmarks — so you know exactly what you're working with before spending a single ringgit.
Google Ads untuk klinik bukan sekadar pasang iklan dan tunggu. Sektor healthcare ada peraturan tersendiri — Google melarang dakwaan perubatan yang tidak dapat dibuktikan, membatasi penggunaan kata-kata sensitif, dan menghendaki pengalaman landing page yang tepat. Klinik yang ikut peraturan ini akan dapat keyword murah, Quality Score tinggi, dan lead berkualiti. Klinik yang abaikan — iklan kena disapprove, budget habis tanpa hasil.
1. Kenapa Google Ads Lebih Sesuai untuk Klinik Berbanding Platform Lain?
Google Ads berfungsi pada prinsip "pull" — anda menangkap demand yang sudah ada. Apabila seseorang taip "klinik buka sekarang" atau "doktor berhampiran saya" di Google, dia sudah ada niat yang jelas. Anda tidak perlu meyakinkan orang tersebut bahawa dia perlu ke klinik — dia sudah tahu. Tugas iklan anda hanya untuk memastikan klinik anda yang dia pilih. Menurut Healthcare Marketing Statistics 2026, 77% pesakit menggunakan search engine sebelum membuat temujanji — ini bermakna kehadiran di Google adalah keperluan asas untuk klinik swasta hari ini.
Berbeza dengan Facebook Ads atau TikTok Ads yang berfungsi secara "push" — iklan muncul kepada orang yang mungkin tidak sedang mencari perkhidmatan klinik pada masa itu. Untuk kempen awareness atau health screening yang dirancang, Facebook masih ada peranan. Tapi untuk mendapatkan pesakit baru yang ada keperluan segera, Google Ads adalah pilihan terbaik.
| Platform | Jenis Intent | Sesuai untuk Klinik | Catatan |
|---|---|---|---|
| Google Search Ads | High-intent (aktif mencari) | ✓ Terbaik | Tangkap pesakit yang dah ada keperluan |
| Google Display (GDN) | Awareness / Retargeting | ✓ Sokong | Sesuai untuk retarget pelawat website |
| Facebook / Instagram | Passive (scroll) | ✓ Sokong | Health screening, program berkala |
| TikTok Ads | Discovery | — Terhad | Audience muda, compliance lebih ketat |
💡 Strategi Terbaik
Gabungkan Google Search Ads (tangkap demand sedia ada) + Google Display/retargeting (ingatkan pelawat yang belum buat temujanji). Ini adalah kombinasi yang paling efektif untuk klinik dengan budget RM2,000–RM5,000 sebulan.
2. Keyword Strategy Khas untuk Klinik
Tidak semua keyword klinik sama nilainya. Ada keyword yang bawa masuk pesakit baru yang bersedia buat temujanji hari ini — dan ada keyword yang hanya bawa masuk orang yang tengah baca artikel kesihatan. Anda perlu tahu bezanya supaya budget tidak habis sia-sia.
Dari pengalaman mengurus kempen klinik di Malaysia, keyword boleh dibahagikan kepada tiga peringkat niat:
Keyword Intent Map — Google Ads Klinik Malaysia
Negative Keyword Wajib untuk Klinik
Ini bukan pilihan — ia wajib. Tanpa senarai negative keyword yang kukuh, kempen klinik anda akan membuang budget untuk carian yang tidak relevan.
| Kategori | Contoh Negative Keyword | Sebab Dielakkan |
|---|---|---|
| Carian kerja | kerja klinik, jawatan kosong klinik, nurse vacancy | Calon pekerja, bukan pesakit |
| Carian percuma | klinik percuma, free clinic, klinik welfare | Tidak sepadan dengan klinik swasta berbayar |
| Informational | cara rawat, simptom, ubat untuk, punca sakit | Pembaca artikel, bukan pesakit segera |
| Veterinar | klinik haiwan, vet, veterinary | Broad match boleh trigger search ini |
| Klinik spesifik tak berkaitan | klinik gigi, dental, orthodontic | Jika klinik anda bukan dental |
3. Compliance Google Ads untuk Sektor Healthcare
Healthcare adalah sektor yang paling ketat dikawal oleh Google Ads. Dari pengalaman mengurus kempen klinik di Malaysia, ini adalah bahagian yang paling banyak menyebabkan iklan kena disapprove atau akaun kena suspension — terutama untuk klinik yang copy-paste ad copy dari pesaing tanpa semak policy.
Google Healthcare & Medicines Policy menetapkan had yang jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh ditulis dalam iklan klinik. Prinsip asasnya: fakta dibenarkan, janji tidak dibenarkan.
🚫 Pantang Larang — Kena Disapprove
- Dakwaan kesembuhan yang dijamin: "sembuh 100%", "pasti baik", "rawatan berkesan"
- Superlative tanpa bukti: "doktor terbaik Malaysia", "klinik nombor 1 KL"
- Perbandingan yang mengelirukan: "lebih baik dari hospital", "lebih murah dari semua klinik"
- Tuntutan perubatan yang belum terbukti klinikal
- Harga yang menyebabkan salah faham tentang kos sebenar rawatan
- Testimonial pesakit — dilarang dalam iklan healthcare Malaysia. Ini termasuk "Pesakit kami bagi 5 bintang", nama atau petikan langsung dari pesakit, dan tangkapan skrin ulasan.
- Retargeting berdasarkan kondisi kesihatan — Google menyekat audience targeting berasaskan health condition. Anda tidak boleh retarget pengguna yang pernah cari "simptom diabetes" atau "klinik kanser".
Sumber: Google Healthcare & Medicines Policy — dikemaskini Oktober 2025
Ad Copy: Perbandingan yang Lulus dan Gagal Policy
Ini bukan teori — ini adalah perbezaan antara iklan yang diluluskan dan iklan yang kena remove dalam masa 24 jam:
✅ Formula Ad Copy Klinik yang Selamat
Fokus pada apa yang tersedia (perkhidmatan, waktu operasi, lokasi), bukan apa yang dijanjikan (hasil rawatan, kadar kesembuhan). "Doktor Berdaftar MMC" adalah fakta yang boleh diverifikasi — gunakan. "Doktor Terbaik" adalah tuntutan yang tidak boleh dibuktikan — elakkan.
ℹ️ Klinik Tertentu Perlukan Certification Tambahan
Jika klinik anda menawarkan telemedicine, farmasi online, atau rawatan ketagihan (addiction treatment), Google memerlukan LegitScript certification sebelum akaun anda boleh jalankan iklan. Klinik am yang hanya offer perkhidmatan walk-in dan temujanji tidak perlu certification ini. (Sumber: Google Ads Policy)
4. Budget Google Ads untuk Klinik: Berapa yang Cukup?
CPC untuk keyword klinik di Malaysia berbeza mengikut jenis klinik dan lokasi. Berdasarkan pengalaman mengurus kempen klinik aktif Malaysia (Azrain Alaman, 2024–2026) dan data industri terkini:
| Jenis Klinik | CPC Malaysia (Anggaran) | Contoh Keyword | Sumber |
|---|---|---|---|
| Klinik Am / GP | RM2 – RM8 | "klinik berhampiran", "klinik walk-in [kawasan]" | Data kempen aktif — Azrain Alaman |
| Dental / Pergigian | RM5 – RM15 | "cabut gigi kl", "scaling gigi subang" | Specflux, 2026 |
| Klinik Estetik / Aesthetic | RM5 – RM15 | "botox malaysia", "facial treatment kl" | Specflux, 2026 |
| Pakar / Specialist | RM8 – RM30+ | "pakar ortopedik kl", "pakar jantung malaysia" | Specflux, 2026 |
Kawasan bandar utama — KL, Subang Jaya, Petaling Jaya, Johor Bahru — lebih mahal kerana lebih ramai pengiklan bersaing. Kawasan kecil seperti Sungai Petani atau Seremban biasanya 30–50% lebih rendah. Quality Score yang baik boleh kurangkan CPC anda sebanyak 20–50% — ini bermakna kos kempen boleh turun separuh dengan optimasi yang betul (Zumax Digital, 2026).
Budget minimum untuk klinik di kawasan kecil seperti Sungai Petani, Alor Setar, Kuantan. CPC biasanya RM2–RM4. ESTIMATE
Seremban, Ipoh, Kota Bharu, Seberang Perai. CPC RM3–RM6. Recommended sweet spot untuk klinik baru. ESTIMATE
KL, Subang Jaya, PJ, Shah Alam, JB. CPC boleh cecah RM6–RM12. Persaingan tinggi, tapi volume pesakit juga tinggi. ESTIMATE
* CPC klinik am berdasarkan data kempen aktif (Azrain Alaman, 2024–2026). Dental, estetik & specialist merujuk Specflux Malaysia 2026. Semak angka terkini menggunakan Google Keyword Planner untuk lokasi spesifik anda.
⚠️ Perangkap Budget Klinik
Ramai pemilik klinik set budget RM500–RM800 sebulan dan kecewa hasilnya. Dengan CPC RM4–RM8, budget RM600 hanya memberi anda 75–150 klik sebulan — kira-kira 2–5 klik sehari. Data ini terlalu sedikit untuk buat keputusan pengoptimuman yang bermakna, dan terlalu sedikit untuk menghasilkan lead yang konsisten. Minimum yang praktikal: RM1,500 sebulan.
📊 Benchmark: Kadar Konversi Google Ads untuk Klinik
Secara purata, kempen Google Ads healthcare menukar 3–8% klik kepada temujanji atau pertanyaan. Klinik walk-in dan urgent care boleh capai 6–12% kerana niat pesakit lebih tinggi. Landing page yang dibina khusus (bukan homepage) menghasilkan 40–80% lebih banyak konversi berbanding halaman umum. Ini bermakna landing page yang betul boleh gandakan hasil tanpa tambah budget. Sumber: LocaliQ Healthcare Benchmarks; Stethon Digital Marketing 2026.
5. Landing Page Klinik: Apa yang Perlu Ada
Landing page adalah komponen yang paling selalu diabaikan dalam kempen Google Ads klinik — dan ia adalah punca utama Quality Score rendah. Menghantar trafik Google Ads ke homepage umum klinik, atau lebih teruk, ke laman Facebook, adalah pembaziran budget yang boleh dielakkan.
Landing page yang baik untuk klinik perlu ada elemen-elemen berikut, berdasarkan urutan kepentingan:
| # | Elemen | Kenapa Penting |
|---|---|---|
| 1 | Butang WhatsApp atau telefon yang jelas | Klinik di Malaysia — 80%+ pesakit pilih WhatsApp berbanding borang online. Letak butang di atas fold (nampak tanpa scroll). |
| 2 | Alamat lengkap + Google Maps embed | Pesakit perlu tahu di mana klinik anda sebelum mereka commit untuk datang. Wajib ada. |
| 3 | Waktu operasi yang jelas | "Klinik buka sekarang atau tidak?" — soalan pertama pesakit. Jawab di atas fold. |
| 4 | Senarai perkhidmatan utama | Pesakit perlu tahu klinik anda boleh bantu dengan keperluan mereka sebelum call atau WhatsApp. |
| 5 | Nama doktor + kelayakan | Trust signal. "Doktor Berdaftar MMC" atau nama penuh doktor membina keyakinan. |
| 6 | Panel insurance / LHDN / SOCSO | Jika relevan — ini adalah keputusan yang ramai pesakit buat berdasarkan panel status. |
📊 Kesan Landing Page kepada Quality Score
Dari pengalaman mengurus kempen klinik: klinik yang menghantar trafik ke homepage umum biasanya dapat Quality Score 3–5/10. Klinik yang ada dedicated landing page dengan elemen di atas boleh capai Quality Score 7–9/10 — yang bermakna CPC 20–40% lebih rendah untuk posisi iklan yang sama.
6. Conversion Tracking: Cara Tahu Berapa Pesakit Datang dari Google Ads
Tanpa conversion tracking, anda tidak tahu sama ada iklan anda berfungsi atau tidak. Anda hanya tahu berapa ramai yang klik — tapi tidak tahu berapa ramai yang benar-benar hubungi klinik atau buat temujanji. Ini adalah kesilapan yang ramai pemilik klinik buat, dan ia menyebabkan mereka tidak dapat menilai ROI iklan mereka dengan tepat.
Untuk klinik di Malaysia, terdapat tiga jenis conversion yang perlu ditrack:
| Jenis Conversion | Cara Setup | Keutamaan |
|---|---|---|
| Klik Butang WhatsApp | Google Tag Manager — pasang click trigger pada pautan wa.me | Wajib |
| Panggilan Telefon (dari iklan) | Google Ads Call Extension dengan call tracking enabled | Wajib |
| Klik nombor telefon di website | Google Tag — click event pada elemen tel: link | Digalakkan |
| Penghantaran Borang Temujanji | Google Tag pada thank-you page atau form submit event | Jika ada borang online |
| Google Maps Direction | Google Analytics — track clicks pada Google Maps embed | Sokong sahaja |
💡 WhatsApp Tracking untuk Klinik
Majority klinik di Malaysia tidak ada borang temujanji online — pesakit terus WhatsApp atau telefon. Pastikan butang WhatsApp di landing page menggunakan pautan https://wa.me/60XXXXXXXXX (bukan api.whatsapp.com) dan pasang Google Tag click event pada pautan tersebut. Ini adalah conversion tracking paling penting untuk klinik Malaysia.
7. Struktur Kempen Google Ads yang Betul untuk Klinik
Klinik dengan beberapa cawangan atau beberapa jenis perkhidmatan perlu ada struktur kempen yang betul — bukan satu kempen besar untuk semua. Dari pengalaman mengurus rangkaian klinik di Malaysia, struktur yang paling efektif adalah berasaskan lokasi atau perkhidmatan, bukan gabungan kedua-duanya dalam satu ad group yang sama.
| Jenis Klinik | Struktur Disyorkan | Catatan |
|---|---|---|
| Klinik tunggal, 1 lokasi | 1 Campaign → 3–4 Ad Groups (lokasi, perkhidmatan umum, panel, kecemasan) | Simple, mudah urus |
| Klinik 2–5 cawangan | 1 Campaign per cawangan → Ad Groups ikut perkhidmatan | Setiap cawangan ada landing page sendiri |
| Rangkaian klinik 5+ cawangan | 1 Akaun per cawangan atau 1 MCC + sub-akaun per klinik | Lebih mudah urus budget dan reporting berasingan |
| Klinik dengan perkhidmatan niche | 1 Campaign untuk GP, 1 Campaign untuk perkhidmatan khas | Contoh: klinik estetik, klinik kesihatan lelaki |
Google Ads Audit Checklist Malaysia
14 perkara wajib semak dalam kempen Google Ads anda — termasuk bahagian khas untuk sector healthcare. Sistem scoring 4 bahagian. Download percuma.
Download PercumaSoalan Lazim: Google Ads untuk Klinik Malaysia
Nak Audit atau Setup Google Ads untuk Klinik Anda?
Saya urus Google Ads untuk klinik di Malaysia — dari setup, keyword research, ad copy yang lulus policy, hingga conversion tracking. WhatsApp saya untuk perbincangan percuma.